Want your
own Fotopage?






 
~Hari-hari yang indah~
...andai masa itu boleh diulang kembali...
By: insan biasa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Thursday, 30-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Day 4 ~ Fresno --> Yosemite National Park --> San Fransisco

masa dalam bas...
first stop, Mariposa Historical Center
Antara jeram2 yg ada kat Yosemite National Park
View all 21 photos...
Hari ni, wakeup call at 4 am Ngantuk sehhhhh... tapi, xpelah, nak berjalan punya pasal... Malam tadi, kitorang overnight kat Radisson Hotel. Hotel tu cantik, besar n selesa... Kekadang aku musykil betul, the whole tour ni 3 days 2 nights cuma 120 dollar je, tapi standard price untuk hotel2 mcm ni biasanya, plg murah pun 70 per night. Hmmmm.....



masa dalam bas...

Dari Fresno, kitorang bergerak ke Yosemite National Park. Yosemite National Park is the first national park in US. On our way, berenti kat Mariposa Historical Center.



Lepas tu, teruskan lagi perjalanan. View pun cantik, sebab nampak creek kat tepi jalan tu. Creek tu kira lebih besar dr anak sungai tapi kecik sikit dari sungai. Ala2 jeram la jugak ni... masa summer kira sesuai la untuk water rafting. Jalan dia kecik giler la. Banyak corner yg bahaya. Kalau kat mesia, lebih kurang macam jalan nak naik Cameron Hihgland la...



Our second stop, Tunnel viewpoint. Kat sini, berenti untuk amik gambar. Dari situ, boleh nampak waterfall at the left n El Capitan's sheer wall at the right. El Capitan's sheer wall tu kira famous la among rock climbers.



dah macam setting LOTR lak...





rasa cam kat banjaran Alps lak

Next stop, Yosemite Fall viewpoint. Kat sini, berenti untuk tangkap gambar n breakfast. Tak tau, ape nak citer, speechless.. Tengok je la gambar yg ada





Upper Yosemite Fall

Yang putih2 kat batu tepi waterfall tu snow sebenarnya. Combination of water, ice n snow ....



Upper and Lower Yosemite Fall



Lower Yosemite Fall



half-frozen creek

Then, sambung lagi perjalanan. Kali ni, berenti kat satu Fruit Barn. Unfortunately, this time is not the season yet. Biasanya, during Fall, between Sept to Nov. Jadiknya, dapat tengok pokok2 yg x berdaun je la... Xpe la.. tapi stop ni cantik gak sebenarnya..





Now, heading to San Francisco. San Francisco ni sebenarnya kat bay area. Dari mainland, cross bridge untuk ke San Francisco. Gambar bandar SF yg ni adalah yg mengadap bay area. The other side of the SF baru la yg mengadap ocean. That's SF geographical features in brief. Disebabkan SF ni adalah bay area, the weather prone to change abruptly. Meteorologically speaking, ocean wind yg menyebabkan SF weather sentiasa berubah2. Ayat sempoinye, weather dia suka2 hati dia je nak berubah. kekejap hujan renyai.. pas tu, tetiba lak, dia panas, pas tu, tetiba lak shiny giler.. dgn angin sepoi2 bahasa.. unpredictable disebabkan oleh angin dr laut.

First stop, Fisherman's Wharf, overlooks SF bay area. Ni first stop kat SF sebab lepas ni nak amik cruise yg round SF bay area. Kat sini, banyak la food stalls, kedai lopek2, n high-class restaurants. Lunch kitorang hari ni, clam chowder in a bread bowl. Texture dia macam campbell soup tu la. Tapi dia dari clam, n dalam soup tu, dia letak la, carrot, bean yg potong dadu tu, n veggie2 yg lain. Pas tu, serve dalam bread bowl. Macam tu je, 7 dollar. Mahal tuh ...



Clam Chowder in a bread bowl

Pas tu, kitorang gi naik cruise dia. 21 dollar. Yg ni, kena tambah duit lagi.. Tapi, xpe la..dari habis duit gi tengok castle tadi, baik naik cruise. Cruise ni bawak kitorang tengok SF dr bay area, n round kat area Golden Gate Bridge tu. Masa tu, ada gak nampak seal (anjing laut) timbul kat permukaan . Then, dia round Alcatraz Prison. Dia mcm ada satu pulau kat situ with Alcatraz Prison on that island.



Golden Gate Bridge



Alcatraz Island



SF from the bay area

Next stop, SF's best museum, Exploratorium. Kitorang xde la masuk dalam, tapi tengok dr luar je sambil ambik2 gambar.



Next stop, Golden Gate Park. Kat sini, mmg clear gile nampak Golden Gate Bridge. Mmg puas hati la, weather pun ok..



Golden Gate Park



Golden Gate Bridge



Lepas tu, gi Chinatown. Kitorang jalan2 beli souvenir n lepas tu makan kat satu Malaysian, Thai n Singapore restaurant. Makan tomyam . Ok la, xde la sedap giler, tapi yg pentingnya tomyam ni pedas, benda yg mmg aku cari2 selepas bosan asyik makan Chinese food buffet je... . Then, heading to the hotel kat Newark..

::: beshhhhhhnyer dpt pi Yosemite.. mmg saya teringin nak pi sini ofcourse i love nature very muchh
::: lagipon mmg dulu belajar pasal Yosemite.. [biasaklaa buku teks byk pasal negara US ajek]
::: ditambah lagik bila menonton di tv dlm national geo.. bukan ker kat sini ada pokok gergasi kaler merah tuh?
::: kalo silap beritahu.. kot2 tempat lain.. kalo Ada dpt shoot pix pokok tuh beshhh gak.. magnificent tree
~ SF bandaraya yg cuuunn.. amik leerr pix2 kat bangunan pencakar langitnyer.. superbb city..
Fri 14-Apr-2006 20:15
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
::: pix air terjun ada salji merekah tuhh canteeekkk sgt..
~
Fri 14-Apr-2006 20:18
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
Add comment


Wednesday, 29-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Day 3 ~ Los Angeles->Hearst Castle->Simeon Bay->Solvang->Fresno

Downtown Los Angeles
Shell Beach
Morro Bay
View all 17 photos...


Mula dari downtown Los Angeles and ambik highway 101. On our way tu, memang nampak banyak beaches, and the most famous is Santa Barbara. Selain dari tu, ada jugak lalu Shell Beach, Morro Bay dan banyak lagi beach2 lain. Nampak gak org tgh surfing tapi sebab x leh berenti, x dapat nak amik gambar dari dekat. Ada sesetengah tempat, pantai dia ada yang ada cliff n all these coastal features yg pernah aku belajar. Yang paling best, dalam bus tu, aku duduk seat depan sekali, n memang puas hati sebab full screen view are guaranteed ...



Shell Beach



Morro Bay

Lepas tu, kitorang amik highway 1 yg lalu along California coast. Amik highway ni untuk sampai ke Hearst Castle. And, highway ni mmg terkenal dgn pemandangan dia yg cantik. Along the highway towards north, akan nampak beach at the right hand side and nampak hijau bukit2 at the left hand side. Memang teramat cantik.
Stop kat Hearst Castle, sesape yg nak tengok dari dekat, kena naik shuttle yg kena bayar 20 dollar. N, disebabkan , we were on a very tight budget, kitorang x amik pun shuttle tu. Tapi tour guide tu bagi kitorang Imax theatre ticket untuk tengok National Documentary pasal Hearst Castle. Tapi, kitorang dah tengok masa dalam bas tadi. Then, we decided not to go n instead, kitorang berjalan ada la dalam 10 minutes untuk pergi ke the nearest beach.



Selepas berlari-larian melintas jalan, kitorang pun sampai kat San Siemon Beach. Dari jauh, dah mula terbau, that salty water smell..... Nampak ramai gak org tgh barbecue kat situ. Mula, kitorang jejalan n amik gambar atas pier. Lepas tu, jalan2 kat tepi pantai pulak. Tercapai jugak hajat aku untuk pergi beach kat US. Orang pun x ramai kat beach tu. Kitorang pun sempat la main2 air kat situ. Tak lama lepas tu, ada lagi satu old couple ni.. dia datang dekat kitorang nak tolong amikkan gambar. Lepas amik gambar, dia kata kat aku, lepas ni, bila dah naik atas, basuh kaki n tangan dgn air paip banyak2. Sebab dia kata, dia nampak sign kat depan pantai tu ada tulis air laut ni might be poisonous because of the high level content of bacteria. Basically, we should avoid any activities that involve being contact or ingesting the water Ha... waktu tu mmg la cuak giler... Ishkk... musykil apsal kitorang x nampak sign tu. Masa tu mmg dah gelabah la jugak. Bila naik atas tu, baru nampak sign tu. Dia tulis atas kertas je, n kertas tu pun macam cantik je lagi xde kesan rintik2 hujan etc... maksudnya dia baru je la letak.. cehhhhh



San Simeon Bay





dah rasa cam dalam video clip Sometimes Britney lak...ahaks





view yg kita akan nampak at the left hand side of the highway



shot yg paling aku suka setakat ni...





kat Hearst Castle visitor Center

Lepas tu, kitorang balik ke Hearst Castle dan mulakan balik perjalanan. Kali ni, kitorang keluar dari highway no 1 dan masuk ke highway lain towards the east, sebab kitorang akan overnight kat Fresno. Highway ni kira merentas California towards the east n kitorang lalu through all the mountains. Sebab bahagian tengah California, menganjur dari north ke south, adalah gunung2 and bukit2. Jadi lalu highway ni, kira cross the mountain la...



cross the mountain

Lepas tu, stop kat Solvang untuk lunch n rest room. Solvang ni dia buat ala2 Danish nyer tempat. Nama dia pun Denmarket Square. Gift shop, bakery, restaurant semuanya dia design ala-ala cottage. Siap ada ngan kincir angin bagai. Memang cantik la... Tambah pulak spring dah start.. kira bunga2 pun dah ada, lagi nampak cantik. Lepas tu, baru tau, rupanya cerita pasal mermaid ni, originally adalah dari Denmark...



at Denmarket Square





Danish cottages, windmill, tulips.... perfect combination



Lepas tu, kitorang teruskan perjalanan ke Fresno sebab mengikut plan, kitorang akan overnight kat Fresno. Tour guide tu kata, kalau dah nampak batu besar macam dalam gambar kat atas tu, kira dah tau, maksudnya, we are about to reach Fresno. Tak tau ape nak cerita pasal Fresno, cumanya, kalau sesape yg pernah baca Budak Setan series, setting citer tu adalah kat Fresno, to be spesific, Fresno State University...

Care to comment?


Tuesday, 28-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Day 2 ~ Hollywood & Beverly Hills, Los Angeles

Destiny's Child
 
Chinese Theater
View all 16 photos...
Event pagi ni bermula ngan menunggu Destiny's Child datang untuk star they all kat Hollywood Walk of Fame. Lepas sejam setengah tunggu di bawah hujan yg makin lama makin lebat, baru la they all sampai... huhuhu Satu je nak cakap... Beyonce tu mmg cantik...





Lepas tu, kitorang masuk dalam Hollywood & Highland Mall. Hollywood Walk of Fame tu memang sepanjang Hollywood Boulevard. Mall ni pun dekat Hollywood Boulevard tu jugak. Pas tu, kitorang jalan2 dalam mall tu je la... Banyak benda yg boleh diamik gambar dalam mall tu



Chinese Theater



Kat dalam mall ni, tiang2 kat situ, dia letak nama filem yg menang academy awards untuk the best film. Academy awards 2006 kan Crash yg menang. Last year, Million Dollar Baby yang menang.. Cumanya, kat tempat yg berlampu tu ada tulis tahun dia memang, tapi x clear lak dlm gambar ni...



Ha.... ni la dia tangga yg semua celebrity naik kalau pergi ke academy awards. Lighting dia mmg buat nak bagi orang lagi lawa. Dia punya steps tu pun dibuat supaya wide and steep, purposely to accomodate celebrities with gowns and heels...



Ini pulak Kodak Theathre, tempat academy awards dibuat setiap tahun. Kitorang pun sempat gak join guided tour masuk dalam Kodak Theater ni.. tapinya, x leh amik gambar dalam tu. Tapi, memang cantik la..



Ni la dia sign Hollywood yg semua org sibuk carik kalau dtg Hollywood ni...




Ni la dia Hollywood & Highland Mall tu



Ni plak prop yg digunakan untuk citer X-Files... Dapat tengok ni masa ikut 'Behind the Scene' tour.



Guess who??



Famous Footprints kat depan Chinese Theater. X sangka lak Donald Duck pun boleh dapat pengikhtirafan ni. Tapi dia xde tangan lak nak cop kat situ. Patutnya kipas je kepak dia kat simen basah tu



Hehehehe... yg ni plak, star untuk Mickey Mouse. Sebenarnya Donald Duck pun ada gak dapat star tu... tapi x jumpa carik lak



Ha... ini lah dia Rodeo Drive, Beverly Hills. Semua expensive stores, brand-name... semua ada kat sini, yg mana org mcm kita boleh setakat tengok je la... Tapi, yg x bestnya, kitorang x jumpa pulak sign Beverly Hills tu... Kecewa gak la. Penat oo, kitorang nak datang sini, naik train, pas tu tukar pulak 2 bijik bas, hujan pulak tu, tapi sebab nak datang Beverly Hills punya pasal, kitorang gagah kan la jugak... Tapi kecewa bila x jumpa sign board 3 segi tu..







Balik dr Beverly Hills, makan, n balik hostel, untuk tidur... zzzzzzzzzzzzzzzzzzz

wah!! best tu usa...
http://minolta.fotopages.com
Sat 29-Apr-2006 07:32
Posted by:acai acai_photo@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 27-Mar-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Day 1 ~ Hollywood & Beverly Hills, Los Angeles

kekonon cam naik private jet la ni
kat depan red line tour office
dalam secret bar
View all 15 photos...
Pepagi around pkl 4 kitorang gerak ke PHL airport. Masa dr PHL ke DC, kitorang naik flight kecik je, considered aircraft la cam tu. Mungkin sebab dekat je, so org pun x ramai. Rasa cam naik private jet je



Dah sampai kat LAX, terus amik shuttle gi Hollywood Boulevard. First sekali yg rasa, frust gila... sebab Hollywood x selawa yg aku sangka. Biasa jek. Macam downtown biasa je. Beza gila ngan Las Vegas Boulevard yg pernah aku gi... Ishkk.. memang macam x sangka Hollywood se'tak cantik' itu...

Lepas letak beg kat hostel, kitorang terus turun untuk mulakan tour yg first. Tour ni basically, jalan2 around Hollywood Boulevard n masuk kat satu museum pasal recording.. Boleh la... nak kata best sangat pun, xde la jugak



kat depan red line tour tu



kat secret bar dalam recording museum tu. Masa ni, drinking liquor still considered illegal.. sebab tu la, they all ada secret places untuk minum



ni dalam building El Capitan Wall of Fame




ni kat depan Kodak Theater, the most televised theatre in America. Banyak major event buat kat sini. Yg paling hebat sekali ialah Academy Awards



yang ni pulak chinese theater. Depan Chinese theater tu la tempat famous footprints. Contoh2 nya, tom cruise, Nicholas Cage, Marylin Monroe, n ramai lagi la... tapi yg paling bestnya, Donald Duck nyer footprints pun ada jugak



Yang ni pulak bangunan El Capitan tu daripada luar...



Pas tu, kitorang gerak gi Starline Movie Star's Home Tour. Ha... ni la tour yg paling best kat hollywood ni. They all bawak kitorang naik satu van jejalan kat luar rumah celebrity. Yang paling best, masa kat luar umah Tom Cruise, kitorang nampak ramai giler paparazzi. Semua paparazzi tu dok tunggu sebab skrg ni kan tgh hot citer Tom Cruise ngan Katie Holmes tu. Pasal Tom Cruise ngan anutan Scientology dia tu. Pasal Katie Holmes ngan dah nak beranak tu. Tapi, kitorang x dapat nak tangkap gambar. Sebab kalau rumah celebrity hebat2, mesti keliling rumah dia tu banyak pokok besar2. Sebab x nak bagi paparazzi curik2 tangkap gambar. Sebab tu kalau kita tengok dalam magazine pasal umah celebrity, mesti amik gambar dr atas, naik helikopter. Lagipun, kalau berhenti depan rumah celebrity ni, nanti dapat ticket, kata lainnya, kena saman la..







Ni semua rumah2 yg sempat kitorang amik. Tapi x dapat la umah2 celebrity tu. Sebabnya, kalau x banyak pokok, mesti tembok dia tinggi ala2 tembok penjara je gamaknya...



Yang ni pulak, kedai2 mahal kat Rodeo Drive, Beverly Hills... memang setakat tengok je la...



Malamnya, kitorang gi tengok launching movie 'Friends with money' starred Jennifer Aniston. N, yang paling x sangka tu, kitorang boleh nampak Jennifer Aniston. Macam x caya jek. Tapi, yg sedihnya, x dapat nak tangkap gambar, sebab org ramai sangat.. tapi ada la sikit2 imbas dia... hehehhehehehe....



Guesss whoooooo?????



Last but not least, gambar kitorang masa tengah jalan2 sebelum balik hostel untuk tidur.... .. jumpa lagi esok dgn cerita yg lagi best..... ahaks

Care to comment?


Saturday, 4-Mar-2006 06:26 Email | Share | | Bookmark
Meh la nengok bilik aku....

 
 
 
View all 12 photos...























kat rumah ker nih Sat 4-Mar-2006 09:05
Posted by:KNizam  - [Link]
menarik .. Wed 8-Mar-2006 04:20
Posted by:~ j.e.j.a.k.a ~ FM4555 ~  - [Link]
bestnye room kau... tapi kenapa lampu kuning? tak sakit mata ke study... wah romantic lah..ni bilik belajar ke? suka la rak buku tue...bestnye....bila pula giliran aku ye Thu 23-Mar-2006 06:42
Posted by:che_enn  - [Link]
Add comment


Saturday, 28-Jan-2006 12:00 Email | Share | | Bookmark
Raya Haji celebration, birtday & baby shower @ Kak Aina's place

 
 
dis dah best hari ni.... x nangis pun
View all 6 photos...


Masa ni, baru sampai ngan Kak Lina, orang lain x datang pun lagi. Tapi, rumah Kak Aina ni cantik. Dia je yg cakap macam pigeon hole. Padahal considered big enough untuk apartment 2 bilik.



Dining hall dia lawa. Keliling dia semuanya tingkap yg penuh dinding.



Sophea anak Kak Enna. Hari tu masa kat rumah Kak Rina, dia nangis giler2 je bila orang angkat. Hari ni, dia memang sporting giler. X nangis pun..



Dayana, anak Kak Zu. Dia memang pemalu sangat2. Tapi, kalau dia senyum, lawa. Macam tersipu2 sikit. Dalam gambar nampak cam biasa je, tapi kalau real life, baru la tau cammane tersipu2 dia tu..



Lupa lak nak bagitau, ni la birthday girl hari ni. Dah masuk 5 tahun. Sorang lagi, Marissa anak Kak Enna.



Ni lepas baby shower nyer games. Baby shower ni untuk Kak Zu (mak Dayana). Ada 3 games, aku menang the first game. Dapat la album gambar yg cantik. Best2

slt she is beutufful Wed 23-Aug-2006 05:40
Posted by:mouhamed el alami alami_56@hotmail.com
Add comment


Saturday, 7-Jan-2006 00:00 Email | Share | | Bookmark
Pre Raya Haji @ Kak Ita's n Kak Rina's places

nangis lak bila aku yang pegang
dah boleh jadik bapak budak pun nak main lawan2 lagi ke???
duduk pun ngan budak2, layan cartoon aje le
View all 5 photos...


Ni gambar dengan Sophea, anak Kak Enna. Mula2 elok je dia x nangis masa main. Bila kitorang angkat nak tangkap gambar, nangis pulak dia.. Ishkk.. mengamuk pulak bapak dia karang



Eiii... dah boleh jadi bapak budak pun, nak main lawan 2 lagi. Ape la...



Kat basement umah Kak Rina. Aku pun x tau, untuk ape sebenarnya gathering ni. Pre Raya Haji kot. Kitorang sebenarnya x dijemput pun. Tapi, dah alang2 Abg Zul ngan Kak Ita ajak, pegi je la...



Ngan Ila



Ni dia lagi sorang budak comel. Comel teramat2. Safwan, nama dia. Adik dia ngan abang dia pun, comel mcm dia gak. Selama ni, jumpa budak2 melayu, semuanya x pandai cakap melayu. Tapi, Safwan ni, pandai cakap melayu. Tu yang menambahkan kecomelan...

Care to comment?


Monday, 26-Dec-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Muktamar Day 5 ~ jalan2 @ DC n rumah Ustaz Zaki MSD

Fatin, aku, Suhada ngan sorang lagi dari Stevens gak
Fatin, Tasha ngan aku
snap gambar sape tu ;)
View all 27 photos...


Fatin, Tasha ngan aku. Masa ni kat hotel lagi.



Masa ni tengah dengar ucapan penutup...



Sebelum bersurai, jom la kita bertangkap gambar



Ni official nyer tangkap gambar. Ala-ala skema je bersusun semua orang. Nak kenal senangnya... Yang muda2 tu MISG. Yg tak berapa muda n dah ada anak2 tu, IMSA. Ahaks



Sessi bersalam2an sebelum balik ke tempat asal masing2



Masa jalan2 kat DC. Masa ni nak gi umah Bush kot. Comelnya kitorang kan? Ahaks



Besarnya pokok krismas ni. Ni gambar ngan Zal n Daju.



Masa ni sebelum sampai kat washington monument



Lagi gambar kitorang.



Mmmm.. belek ape tu yek?



Kuat melampau2 angin masa ni...



Kebetulan lak masa ni semua org gi abraham lincoln memorial...



Walaupun, gambar ni goyang tapi tetap jugak aku suka. Dari kiri, Daju, aku, Sarah, Zal, budak laki, budak laki, budak laki...



Cantiknya awan hari tu...



DC lagi



dan lagi...



dan lagi...



dan lagi...



dan lagi...



dan lagi...



masa pagi2 kat depan umah Ustaz Zaki. Semua orang x mandi kecuali aku. Semua orang pakai baju semalam termasuk aku. Ahaks...



Kat depan umah Ustaz Zaki

Care to comment?


Friday, 25-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Thanksgiving Break ~ @NYC Day 2

 
 
 
View all 30 photos...


Singa laut kat Central Park Zoo



Penguin



Gajah laut kot ni



Comel teramat sangat polar bear ni



Baboon kot ni. Bontot dia pun warna pink macam muka dia. Ahaks



X tau binatang ape. Macam kacuk kucing ngan musang lak. Bulu dia lawa



Swan



Ni burung ape tah namanya



Kelawar



Ular sawa



Katak warna hijau daun. Kecik giler katak ni



Ni tak tau ape namanya. Garang giler binatang ni



Ular sawa lagi



Labah2



Ni x tau ape nama. Binatang ni suka duduk atas dahan pokok macam penunggu..
























Care to comment?


Thursday, 24-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Thanksgiving Break ~ @NYC Day 1

@ Madison Square Garden
Manhattan dr atas bot
Statue of Liberty
View all 24 photos...



































Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.