|
|
| Sunday, 13-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya gathering @ Penn (@Tania's place)
|
 |
|
menu hari ini: nasi lemak lauk ayam goreng
|
|
 |
|
psstt... ayam tu aku la yg goreng
|
|
 |
|
lagi...
|
| | View all 6 photos... |
|
belum habis lagi siri beraya ni sebenarnya.. last weekend masa kat pdmc gathering, kitorang plan nak buat smaller scale raya gathering which is among students je.. n, x sangka lak, idea yang tetiba tu, menjadik gak
n, disebabkan aku dah volunteer nak goreng ayam, kena la jugak buat walaupun kerja yg bertangguh (sebab pergi raya last weekend) punya la banyak memang x hingat
dari hari jumaat aku dah mula tanya2 orang cara paling cepat nak goreng ayam. ada yg suggest pakai oven tapi aku try, x menjadik lak.. last2, terpaksalah goreng atas dapur jugak. xpe la, kekononnya boleh la nanti pinjam kuali besar faizah nak goreng ayam... lagipun 28 ketul je yg tania hantar hari tu. ok la kot, 2-3 round je.. paling2 lama pun sejam je la kot...
dan, on that ahad tu, aku pun relax2 lagi, ayam dah perap malam tadi, at 12 sempat gi group discussion lagik, kira konon budget mula pukul 5, pukul 3 pun sempat masak lagi... xde ape2 la...
sekali, bila dah mula masak around 3.15 tu baru la perasan, kuali besar faizah tu, mungkin sebab besar, minyak lambat sangat nak panas.. ayam siap dah nak bengkak2 dek sebab terendam lama sangat.. aku dah mula gelabah.. dah la tadi tania datang tambah ayam lagi which in total ada 40 ketul drumstick... sempat ke nak siap goreng before 5 ni. erkkk
last2, abih bawak keluar semua kuali n periuk yg ada, kecik pun kecik la... tenggek sekali semua, n, mula panaskan minyak.. n, nak cepatkan lagi masak, masukkan dulu dalam oven n microwave bagi keluar dulu darah yang selalunya memang ada lagi kalau beli yg drumstick.. aku sendiri pun x tau ada ke org buat cara macam ni kalau nak bagi cepat masak.. pedulik la... pas tu, bila time menggoreng tu, puhhhhh rasa macam chef je masa tengah handle sekali 3 kuali dalam satu masa.. n, bukannya 3 kuali tu satu round je.. 4 round.. bayang kan la betapa sakitnya pinggang masa tu... n, masa tu pulak la, ramai plak suitemate aku yang baru balik.. semanya pakat tanya... are u having a party? what are you celebrating? what are you making??? ehhhh.. tolong la... nak menggoreng, membalikkan ayam satu hal, nak panaskan ayam dalam microwave satu hal.. banyak la plak soalan masa2 cam niii tension tension
tapi, yg bestnya, sempat gak aku siapkan before 5 huhuhu... berjaya gak akhirnya.. tapi ampunnn... x nak la lagi aku volunteer menggoreng2 ni... penat sehhhhh
pas tu, nak menambahkan tensionnya plak, sekali bila dah pergi rumah tania, aku tengok orang lain buat seciput je.. sambal satu mangkuk sedang, ikan bilis, kacang. telur etc tu semuanya satu piring besar je.. aku punya ayam siap sampai 2 pinggan campur satu tray... cehhhhh.. kalau aku tau, xde la aku susah2 goreng semua ayam tu.. 25 pun dah cukup rasanya...
hari ni, main cook is faizah. dia yang masak nasik, sambal n bubur kacang. bob pulak buat ikan bilis, kacang, telur and timun. tania provide her place, drinks n bake deserts.. yang bebudak chinese n indian datang makan je la... logik la kan? dah nama pun hari raya open house. kitorang la masak kan????
tapi, kesimpulannya, hari ni puas hati gak makan sebab semuanya sedap n yang paling best, ayam2 aku masak sampai ke dalam, xde la fleshy lagi, n xde la darah2 etc... itu la benda yang paling aku risau bila goreng drumstick ni... kiranya, malam ni aku tidur tersenyummm senanggggg.. hihihihi
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 6-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya gathering @ Philly (@ Cafe 58, UPenn)
|
 |
|
min, ris, aku, faizah, eliea, mus'ab. bawah: zob, KA, Tania
|
|
 |
|
lepak2 kat luar ambik udara 'segar'
|
|
 |
|
Penn campus
|
| | View all 6 photos... |
|
Hari ni, sambung lagi jalan2 beraya. Kitorang bertolak dari UDel dalam pkl 9. Aku ngan Eliea naik kereta mus'ab. Sebabnya, kereta mus'ab ada mp3 lagu raya walaupun penuh dgn lagu ct aje... Dalam pkl 10.30, sampai kat IHouse. Eliea teman aku naik untuk tukar baju raya. then, terus ready nak gi gathering ka penn campus. Disebabkan, teramatlah susahnya nak carik parking, mus'ab drop kitorang x jauh dr cafe 58 tu, n dia gi carik parking. kitorang bawak soda ngan cheesecake (yg dibeli) je pun...
ni gambar masa kat dalam hall, tengah makan2... tapi kali ni, terlupa nak ambik gambar lauk2... ishkk.. silap tul.. tapi, hari ni punya lauk memang best2, dan sedappppp
bosan duduk dalam hall tu lama2, lepak2 jap kat luar... pas tu, min lak ajak gi round2 kat situ cos dia x pernah sampai area tu lagi. n, masa jalan2 tu, masuk la urban outfitters. tetiba tejmpa lak satu wallclock tu mmg murah sangat2. 1 dollar je. harga asal dia 14.99. bayangkan.. iskhhhhh x beli rugi ni.. tapi bila masuk hall balik, boys lak bantai gelak tengok jam tu.. they all kata cam toy. sabar je la. diorang ni x reti tul appreciate benda yg cantik n dari kedai yg mahal tapi dapat murah giler
p/s.. hari ni (nov 14), terjumpa mabel n faizah, diorang kata diorang pun pergi gak beli jam tu lepas aku cakap harga dia 1 dollar, mabel beli warna pink n faizah beli warna orange... in conclusion, jam tu mmg cantik sebenarnya.. xde taste tul boys ni
ni, gambar semua yg datang untuk PDMC gathering tu. kira gambar tahun ni much better dr gambar skema tahun lepas tu. ahaks kesimpulannya, walaupun hari ni x se'best' hari semalam (tapi, makanan hari ni memang sedap giler, superb, marvellous dan yg seangkatan dengannya..), tapi tetap jugak ada ceritanya yg tersendiri.. yang tetap xkan aku lupa sampai bile-bile
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Nov-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raya gathering (@ Embassy, DC) n jalan2 Washington DC
|
 |
|
sebelum bergerak.. ni kat UDel lagi
|
|
 |
|
rombongan kitorang kat depan embassy
|
|
 |
|
the other half
|
| | View all 22 photos... |
|
Destinasi seterusnya....
Pepagi, dalam pukul 9 kitorang gerak. Sebelum tu, sempat gak snap gambar pokok2 yang daun2nya tengah macam2 colour. Kitorang naik dua kereta. Satu kereta, Ngee Tai, Min, Ila ngan Stracy. Lagi satu kereta, aku, Eliea, Mus'ab, Zob ngan Ris. Sepanjang jalan memang seronok.. x rasa boring langsung. Semua orang happy nak sambut raya.. siap menyanyi2 tu yang paling best. Mus'ab yang x paling jarang keluar suara pun, terkeluar gak suara emasnya hari tu...
Dalam pukul 11, kitorang sampai DC. Kira ni la first time aku jejak kaki ke DC. Sampai ke embassy, memula sekali, seperti biasa snap gambar depan Embassy Pas tu, masuk n register. Yang best tu, kitorang gi DC, kira x keluar duit langsung, sebab semua MSD yang bayar. Sayang MSD ngan student2 nya Lepas tu, seperti biasa, dengar MSD director ngan Ambassador bagi ucapan dulu, lepas tu baru boleh makan. Masa kat sini, banya gak la jumpa ngan graduate students yang lain. Kira, seronok la Lepas tu, dalam pukul 3, kitorang ready untuk balik. Bukan la balik dalam erti kata sebenar, cuma keluar dari embassy dan meneruskan agenda untuk berjalan2 around DC.
Untuk jalan2 kat sekitar DC, kitorang follow kereta bebudak Vanderbilt (betul ke eja ni? ). Memula berenti untuk jalan2 around White House. Memula turun, dah nampak Washington Monument dari jauh.
Pas tu, jalan lagi, sampai ke White House. Tapi yang ni, cuma dari pintu belakang je. Jalan2 lagi kat situ, jumpa lak US Treasury Department. US Treasury Dept ni ada dalam US 10 dollar bills. Jalan2 lagi, nampak dari jauh United States Capitol. Pas tu, jalan lagi, sampai ke depan White House. Dulu, masa baru2 lepas 9/11 tu, x boleh ambik gambar depan White House ni, tapi sekarang ni dah boleh la kot. Cumanya, dari luar pagar je la. White House ni ada dalam US 20 dollar bills. Kat depan White House ni, kalau tetiap Saturday, ada cam demonstration. N, kebetulan hari tu, ada la plak. Yang kelakarnya, ade banner2 tu tulis bahasa melayu. Bukan kitorang yang tulis, tapi, memang ada kat situ. Sebab rasa macam best, simpan la gambar2 tu buat kenangan... Dah puas jalan kat situ, balik ke kereta. Tapi, sebelum tu, sempat gak la beli t-shirt untuk adik2. 5 helai 10 hinggit. Idak le mahal...
Lepas tu, follow kereta bebudak Vandey untuk ke Lincoln Memorial. Tapi, entah macammane Mus'ab missed satu exit tu, jadi kitorang terhilang bebudak Vandey tu. So, kitorang teruskan je la pergi Lincoln Memorial. Yang ni, ada dalam US 5 dollar bills. Masa kat sini, Ris ngan Zob tinggal dalam kereta. Aku, Eliea ngan Mus'ab je yang pergi.Tapi, masa ni dah malam. Ingatkan dapat la Washington Monument best shot, tapi x sempat . Dah gelap.. Tapi, x kisah la... sebab tadi dah dapat gak snap, walau cuma dari jauh je. Kat sini, snap ngan Lincoln Memorial. Pas tu, lepak kat tangga sekejap.. Dan, x tau la kenapa, rasanya.. masa lepak2 ni sambil tengok Washington Monument bawah cahaya lampu, rasa cam ada sentimental value lak...
Lepas tu, kitorang pun jalan la balik ke kereta.. Kalau ikut plan asal, kitorang nak gi raya kat rumah ustaz MSD. Tapi, sebab dah missed budak2 Vandey tu, kitorang terus balik je la. Tapi, cam berpusing2 gak nak keluar cari highway. Last2, kitorang berenti kat gas station, beli coffee n tanya jalan keluar sekali. Dalam pada berpusing2 tu, kitorang berenti makan kat Downtown Silver Spring, Maryland. Nampak cam happening je tempat tu... ...Tapi, ghetto dia pun boleh tahan gak... Masa kat situ, kitorang masuk satu mall ni. Cantik mall tu. Dia macam bahagikan mall tu kepada 2, n tengah2 tu kekonon cam ada jalaraya la. Tapi, xde la kereta lalu kat situ. Letak saje2 je. Satu bahagian tu, restoran n satu bahagian lagi kedai2 biasa. Kitorang makan kat satu Thai Restaurant. N, masa kitorang tengah tunggu seat tu, tetiba ada white ni tegur kitorang. Are u from Malaysia? Then, bila kitorang kata ya je... terus dia cakap melayu. Memang kagum betul la. Dia memang 100% cakap melayu. Fasih sangat2. Sepatah pun dia x selang2 ngan English words. Aku ingat lagi expression muka Mus'ab ngan Ris masa they all baru balik dr toilet n dengar kitorang cakap melayu ngan white ni. Surprised sangat2.. Dah cerita lama2, dia kata dia dulu mengajar English kat Bandung. Dalam 5 tahun. N, she is going back to Bandung 2-3 bulan lagi. Pas tu, snap ngan white ni jugak...
Seterusnya, kitorang pun start order. Mahalnya memang x ingat... satu meal dalam 17 dollar kot. Tapi, yang paling sedap, tomyam dia. Tapi, masalahnya, aku x order la plak tomyam. Tomyam yang aku makan tu, Mus'ab yang punya. Hihihi Dan, seperti biasa, lepas makan, snap gambar lagi... Kat luar mall tu, ada satu sign yang tulis downtown silver spring. Kat situ pun, snap gambar lagi.. Lepas tu, kitorang jalan nak gi ke kereta. N, masa jalan pun, snap gambar lagi. Hihihi
Lepas dah makan ni, kalau naik kereta, sure terlelap punya la. Tapi, disebabkan x nak bagi driver tinggal jaga sorang2, kitorang pun mula kan la balik aktiviti me'nyumbang'kan lagu. Kalau masa nak pegi tadi, bantai nyanyi nasyid, kali ni bantai lagu2 slow rock yang lama2 plak... hahaha.. lawaknye la rasa
Pas tu, kitorang ada berenti kat satu gas station ni. Untuk solat. Kitorang solat kat satu padang tepi gas station ni. Tepi jalan la jugak padang tu. Guys solat berjemaah. Pas tu, kat situ, ada la satu group bebudak high school white n black.. Masa mus'ab tengah tanya jalan nak keluar ke highway, bebudak tu kata kat musa'b " we saw u guys praying. n, it looks fun!" Pas tu, dia gelak... boleh lak macam tu yek??
Lepas tu, kitorang teruskan lagi jalan, sambil terus me"nyumbang"kan lagu... sampai la finally sampai delaware. tapi, sebelum balik ke UDel, kitorang singgah kat grocery store untuk beli soda n cheesecake untuk dibawak ke raya gathering @ philly esoknya....
Kesimpulannya... siapa sangka raya kali ni adalah raya yang paling best sekali... n, bukan aku je yang rasa, macam tu, tapi orang lain jugak. Insya Allah, sampai bila2 pun aku xkan lupa.... [/img]
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 16-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan lagi... Thousand Islands, New York ~ Day 2
|
 |
|
Masa kat hotel lagi @ Niagara
|
|
 |
|
Ni la bot yg kitorang naik untk 1000 islands tour
|
|
 |
|
Rumah2 sekitar 1000 Islands
|
| | View all 18 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 15-Oct-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan lagi... Niagara Falls, New York ~ Day 1
|
 |
|
@Manhattan Bridge. Tunggu bas dr NYC nak ke Boston
|
|
 |
|
Dalam bas dari Boston ke Niagara Falls
|
|
 |
|
American falls... yg ni @NY side
|
| | View all 15 photos... |
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 5-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bersantai di Pulau Tioman ~ Day 3
|
|
Malam tadi tidur lewat, hari ni lepas subuh sambung tidur balik sampai dekat pukul 9 gak la. Konon nak gak la layan matahari terbit pulak. Tapi enn kata kalau dah terbenam dekat belah sini mesti terbitnya kat belakang pulau. Dengan kata pendeknya, memang xkan nampak la matahari terbit dari pantai belah kitorang. Betul gak tu … Xpe la mungkin xde rezeki kali ni..
Kitorang turun makan pagi lewat hari ni. Turun2 je dah ada mee hailam satu dulang saiz sederhana untuk kitorang. Ishk… nampak memang menyelerakan betul. Kena pulak dengan milo ais. Aku tambah 3 kali, enn tambah 2 kali… hahaha… Aku kenyang. Bestnya perasaan bila perut dah kenyang…
Pas tu sementara nak tunggu bot datang pukul 1, kitorang lepak2 kat batu bawah pokok. Aku ajak enn mandi, tapi enn x nak. Lepas tu, aku sorang je la yang mandi. Kawasan tempat kitorang mandi tu cantik. Itu la pemandangan paling cantik pada aku sepanjang aku kat pulau ni…
Best gak mandi2 kat situ, sambil duduk atas batu, layan2 ombak, sembang2, nyanyi2… Orang pun xde kat situ. Cuma x lama lepas tu, baru nampak cina2 singapore tu datang kat area kitorang mandi tu kutip batu. Ada gak nampak yang snorkeling kat situ…
Lama gak aku berendam dalam air tu. Mula2 tu aku sorang je yang mandi, tapi last2, enn pun turun mandi gak. Dalam pukul 12 baru kitorang naik. Ambik2 gambar untuk kali terakhir sebelum naik chalet untuk mandi dan siap2 untuk balik.
Pukul 1, kitorang gerak ke jeti. Mula2 ingat nak lepak kat kedai makcik tepi pantai pekena ABC, tapi last2 kitorang terus gerak ke hujung jeti. Risau gak, buatnya bot dah sampai, x sempat lak nak lari gi sana. Sementara tunggu bot sampai, bagi makan kat ikan, tengok ikan datang berkumpul. Pas tu, kebetulan waktu tu orang baru balik sembahyang jumaat, nampak la diorang ramai2 keluar pas tu naik bot masing2 balik rumah. Pas tu, ada nampak sorang pakcik bot tu baru balik tangkap udang kara. RM 50 sekilo. Kitorang mintak sekor, abang tu x nak bagi… kedekut sehh … Dah agak2 boring lagi, gi lagi sambung tangkap gambar… Kat jeti tu, ramai gak orang lepak sampai tertidur. Bukannya ape, best kena angin…
Lepas sejam setengah menunggu, bot pun sampai. Dalam pukul 2.30. Lewat 1 jam. Ceh!!! Aku ngan enn dah nak tertidur2 menunggu bot… Dalam bot, kitorang duduk depan sekali. Bila duduk depan sekali, bila dia hempas ombak tu lagi terasa berbanding duduk kat belakang. Tapi, dah ok dah.. sebab semalam kalau nak diikutkan masa naik taxi air tu patut lagi pening, sebab dia teroleng2 atas air. Itu yang buat pening sebenarnya. Tapi, alhamdulillah, kitorang xde la pening ape2. Kalau x, nak berjalan pun rasa x best..
Lepas sejam, bot pun sampai ke jeti Mersing. Lepas beli t-shirt untuk mak ngan adik aku, kitorang pun terus gerak tinggalkan Mersing….. Insya Allah panjang umur kitorang akan sampai lagi. Kalau kali ni kitorang pergi berdua je… lain kali, kitorang datang angkut geng… hehehe
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 4-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bersantai di Pulau Tioman ~ Day 2
|
|
Pagi ni kononnya nak tengok matahari terbit tapi lepas subuh, dua2 x larat nak bangun. Kalau x sebab orang tu ketuk pintu dan panggil untuk breakfast, memang rasanya x bangun lagi. Breakfast hari ni western la pulak. Telur goreng separuh masak 2 biji, kacang merah dalam tin, sosej ngan roti bakar. Minum milo ais. Walaupun aku x suka sangat tapi sebab fikirkan jap gi nak guna banyak tenaga, bedal je la…
Dah habis breakfast patutnya pkl 9 dah gerak naik bot, tapi dekat sejam gak la menunggu bot nak sampai. Tapi alhamdulillah, pagi tu kira redup je.. matahari pun macam malu-malu je nak keluar.. ewah!!! Jadi bersempena ngan hari yang indah tu, banyak gak la gambar yang cantik2 dapat ditangkap… Air pun jernih je. Kat Tioman ni, waktu pagi air pasang penuh. Nampak cantik je… tambah pulak kat gunung belakang tu, masih nampak lagi kabus yang tengah beransur2 hilang…
Lupa nak bagitau, sebenarnya life jacket ngan goggle tu kena sewa dr tuan punya chalet. Pas tu pulak, nak masuk Taman Laut jap gi kena bayar 5 hinggit. Total RM 20 la sorang. Buduss betul.. nak sewa life jacket ngan goggle sikit punya mahal tu… menyirap je … ingatkan dah x payah bayar ape2..
Lebih kurang pukul 10, bot pun sampai. Bot dia ni dia panggil sea bus. Lebih kurang mcm taxi air la.. Kalau ikutkan satu trip island hopping, kena dalam 50-60 sewa, tapi dah termasuk dalam harga pakej. Ni kalau kena tambah duit lagi ni, ada la pulak si enn tu terjun bot berenang je… tension kena tipu..
Destinasi pertama, Tekek. Shopping kat kedai duty free kat Tekek. Tekek ni kira pekan paling besar kat Tioman. Airport Tioman kat Tekek la jugak. Sekolah, pusat kesihatan, bank semuanya kat sini jugak. Tapi kedai duty free dia xde la besar, kecik je. Bukannya macam kat Langkawi. Yang duty free pun arak ngan rokok je. Yang lain tu, semua macam biasa je. Tapi disebabkan xde benda menarik yang murah, aku ngan enn blah pegi satu kedai jual kraftangan orang tempatan. Best gak la… rantai2 ala Nanu Baharuddin dalam Simbiosis tu pun kira banyak gak. Tapi, disebabkan harganya yang mahal.. lain kali je la. Banyak lagi benda2 lain yang menarik. Kitorang lama kat kedai ni la. Last2 aku berkenan kat satu beg mengkuang tu. Sebenarnya harga dia 29 tapi lepas bargain, abang tu bagi 20 je. Kira ok sangat la… Walaupun xde la murah sangat tapi kalau kat KL susah nak dapat beg mengkuang yg murah… paling2 koman memang 40 ke atas.
Destinasi kedua, Taman Laut. Kat sini ikan2 memang banyak. Ikan yang warna-warni. Yang memang x pernah jumpa kalau bukan kat tempat yang berbatu karang. Ikan2 tu punya la banyak sampai kalau berenang, kira sampai langgar2 hidung la kiranya… memang ikan tu x takut kat orang. Masa mula2 tu rasa geli je sebab ikan tu licin, pas tu abang2 bot tu plak sengaja je pergi baling roti kat tempat kitorang snorkeling, memang lagi banyak la ikan tu datang berkerumun. Rasa geli semacam.. tapi dah lama2 tu rasa best sebab ikan tu macam2 warna. Rasa macam jadik ikan lak.. hehehe…
Lama gak kitorang kat Taman Laut tu. Sejam lebih gak la. Kitorang naik tu pun sebab tengok cina2 singapore tu semuanya dah naik makan nasik. Tapi, kitorang x sempat pun nak makan nasik sebab bot dah ready nak gerak…
Destinasi ketiga: pulau kecik kat tengah laut. Kat sini pulak snorkeling nak tengok batu karang. Kat tempat ni, lagi la, bot berhenti sikit punya jauh dari batu2 kat tepi pulau tu. Pas tu, xde pulak pelantar tempat nak lepak2. Tapi, kat tempat ni cuak sikit la sebab arus memang kuat. Abang bot tu pun kena turun berenang gak sebab nak bawak kitorang gi kat batu paling dekat ngan bot. Masa snorkeling tu, nampak la batu2 karang dia. Besar2 gile. Cuma xde la berkaler2 sangat. Sebab batu karang tu kat dasar laut, dan kitorang kat permukaan. Air pulak dalamnya adalah lebih 2 meter. Kalau nak nampak dekat2, kena scuba diving la. Tapi, still amazing gak tengok batu2 karang tu macam2 bentuk. Nampak pulak ikan berenang2 kat celah2 batu karang tu. Silap sebab x boleh ambik gambar. Lain kali kena beli casing yang kalis air untuk kamera la.. baru puas hati.
Pas tu, masa nak berenang dari batu tu pergi bot, abang tu bawak kitorang balik. Tapi, lama2 berenang, bukannya sampai ke bot, tapi makin ke tengah laut ada la. Aku tgh snorkeling masa tu pelik gak, apa pasal la batu karang tu makin lama makin besar, pas tu air pulak makin lama makin dalam. Sedar2 dah sampai ketengah laut rupanya. Lastly, abang bot yang lagi sorang tu pun terjun gak. Sorang bawak enn, sorang lagi bawak aku. Aku rasa, kalau ada la 10 orang yang x reti macam aku ngan enn, alamatnya pengsan la abang2 bot tu …
Dah lama2 tu, baru aku tau, kalau pakai life jacket memang payah nak berenang melawan arus. Tendency untuk dibawak arus tu lagi besar dari kemungkinan untuk melawan arus. Kalau berenang tanpa life jacket, lagi senang la. Cuma masalahnya, aku ngan enn x pandai berenang.. hehehe. Lepas pada tu, abang tu pun baling pelampung ke tengah laut. Dia kata, kalau nak snorkeling pegang pelampung tu. Kalau dah agak2 dibawak arus sampai ke tengah, nanti dia tarik tali tu. Masa ni, baru la best, xde la cuak sangat macam tadi…
Kat tempat ni, ikan pun banyak giler… tapi x sempat nak amik gambar aku tengah bagi ikan makan… rugi betul. Dah puas snorkeling, naik atas bot, baru makan tengah hari. Tengah hari ni makan nasi goreng ngan ayam goreng ngan ikan goreng. Duduk kat sini, lauk lagi banyak dari nasi. Kaya ngan lauk orang2 kat pulau ni..
Destinasi keempat: air terjun. Kali ni kitorang berenti kat satu kampung. Kampung Paya namanya. Pantai dia pun cantik gak. Pantai dia landai je. Turun je dari bot, kitorang dihidangkan ngan satu pemandangan kawasan kampung yang cantik. Ceria je. Pas tu banyak pulak kedai2 jual cenderamata. Chalet kat sini pun cantik tapi tengok gaya nampak macam mahal. Kat sini, aku sempat gak beli satu kotak barang kemas yang buat dari kayu. Cantik la buat simpan keronsang. Rumah 2 kat tempat ni pun cantik gak. Cumanya, x nampak pulak ada kedai makan. Mungkin jauh sikit, Cuma kitorang yang x tau.
Pas tu, lalu satu kawasan paya. Pas tu lalu pulak satu denai merentas hutan belukar. 15 minit jalan, sampai la kat tempat yang dikatanya air terjun tu. Kecik je la tapinya. Tapi best gak la buat bilas2 badan lepas mandi air masin. Dekat sejam jugak la kitorang kat situ. Pas tu lepas tangkap2 gambar, kitorang pun jalan balik ke jeti.
Lepas tu, kitorang pun naik bot untuk balik ke Kampung Genting. Kira puas hati la hari ni. Dapat buat macam-macam benda. Seronok…
Balik chalet, ingat nak tidur kejap je, tapi terlajak sampai dekat pukul 7. Dah x sempat nak mandi laut. Tapi, kitorang keluar gak, lepak atas batu tengok matahari terbenam. S etengah jam duduk atas batu tengok langit berubah warna. Pelan2 matahari pun hilang… Tambah pulak ngan angin dan ombak. Semua tu buat suasana yang ada tambah lagi indah… Dunia ciptaan Tuhan memang indah.. kita manusia yang x pandai nak hargai…
Pas tu balik bilik, sembahyang, pas tu turun untuk makan malam. Dia masak nasik berlauk. Sup, sotong masak sos tiram, sayur kailan goreng ngan ikan goreng masak taucu. Air je yang x best, air oren sunquick. Lain kali buat la air tembikai ke, air epal hijau ke, baru la kena ngan menu malam tu . Kesimpulannya, puas hati la…
Lepas makan, kitorang lepak tepi pantai. Duduk atas kerusi pantai sambil tengok langit. Lepas tu, baru aku tau, dengan hanya tengok pada bintang, kita boleh tau waktu isyak dah masuk ke belum. Bila bintang2 dah start berkelip, tandanya waktu isyak dah masuk. Semakin larut malam, bintang pun akan jadi semakin banyak dan akan jadi semakin berkelip
Lama kitorang lepak kat tepi pantai. Sampai dah nak dekat pukul 12 la jugak. Punya la banyak benda bersembang… dah setahun lebih x jumpa enn. Macam2 citer yang keluar. Pas tu, kitorang pun balik ke bilik, dan sambung sembang lagi sampai entah pukul berapa. Pukul 2 lebih baru kitorang tidur rasanya…. Tapi kesimpulannya, hari ni memang hari yang indah…
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 3-Aug-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bersantai di Pulau Tioman ~ Day 1
|
 |
|
Ni masa kat jeti Mersing
|
|
 |
|
Masa dalam bot... nampak cantik je laut luas terbentang
|
|
 |
|
masa jalan2 kat sepanjang pantai petang tu...
|
| | View all 7 photos... |
|
Mula-mula masa enn sms n ajak aku gi bercuti kat pulau, memang rasa macam malas nak pegi. Sebab utamanya, duit xde… Tapi, x lama lepas tu, bila enn beria2 tanya, aku rasa x salah pun kalau aku turun Batu Pahat. Boleh gak jumpa member2 lama. Ke mana nak habiskan cuti tu, boleh sembang kemudian. Masa makan ramai2 malam tu, enn ada gak tanya cammane plan esok.. tapi waktu tu, memang x rasa langsung yang akhirnya aku akan sampai ke Pulau Tioman. Habis2 kuat pun takat pergi Desaru je la. Tapi malam tu, sebelum nak tidur enn kata, kalau ikut pakej, sorang 220 n part yang paling best sekali…. dia kata dia belanja! Diulang… dia belanja! X fikir panjang, aku on aje… sebab aku memang xde masalah lain melainkan duit aje… hehehe
Esok pagi tu, dalam pukul 9.30 kitorang pun gerak. Sebelum tu singgah kuittho jap, nak pinjam cd ‘Tentang Dia’ ngan ‘Eiffel I’m In Love’ dari Kak Shidah. Enn pulak nak amik laptop dia. Lepas tu, kitorang pun meneruskan perjalanan ngan Kelisa DAK 24 enn. Dari Parit Raja, sampai Keluang. Dari Keluang lalu Kahang dan kemudian terus jumpa Mersing. 2 jam lepas tu, kitorang pun sampai kat Mersing. Pekan Mersing xde la besar sangat tapi bagus gak, senang nak cari jeti ke Mersing. Kitorang parking jap depan jeti, then sembang2 jap ngan uncle yg tengah carik customer untuk chalet dia. Lepas bargain lebih2 kurang, dapat la 200 sorang, pakej 3 hari 2 malam. 200 tu campur tambang bot laju 2/3 enjin (RM 70 roundtrip), 2 malam kat chalet (RM 60-70 satu malam), 2 dinner, satu lunch dan 2 breakfast, n salah satu dinner tu adalah barbecue makanan laut. 200 tu jugak termasuk sewa bot satu enjin untuk ‘island hopping’ masa hari kedua. Kira memang murah sangat la… tapi, harga ni cuma untuk weekdays yang bukan peak season (e.g cuti sekolah, hari perayaan). Jadi kalau sesape yg nak gi masa weekend, rasa2nya x dapat harga macam ni. Bot kitorang pukul 1.30, waktu tu baru pukul 12, jadi ada banyak masa lagi nak jalan2 kat Bandar Mersing. Lepas pusing2, berenti kat bank amik duit n masuk Giant nak beli jajan buat ngunyah2 waktu malam. Lepas tu, kitorang berenti kat stesen bas Mersing untuk makan tengah hari. Untuk pengetahuan semua, kalau nak gi Tioman dari KL, memang la senang sangat2. Naik je bas (Transnasional ade gi Mersing) dari Pudu dan dia akan berhenti kat stesen bas Mersing. Stesen bas Mersing tu betul2 sebelah jeti. Memang senang sangat la. Kalau nak drive tu, kena fikir masa hari balik dr Tioman tu, penat.. then nak kena drive balik KL plak… memang sakit sikit la… Lepas makan ngan amik gambar, kitorang pun gerak ke jeti..
Sampai kat jeti, uncle tu pun dah tunggu dengan tiket bot. Bot pun sampai lewat setengah jam… Ramai gak la mat-mat ngan minah salleh, ngan cina Singapore, kitorang 2 orang je yang melayu. Bot yang kitorang naik tu, bot 3 enjin, laju memang x ingat la. Tapi, kalau sesape yang cepat mabuk tu, dinasihatkan naik bot satu enjin. Sebab kalau bot kecik 3 enjin ni, bila dia melawan ombak tu memang terasa macam melambung, pas tu jatuh balik hempas air. Mula2 tu cam cuak sikit la.. dah lama2 rasa cam best lak… hehehe
Lepas sejam perjalanan, kitorang pun sampai. Nampak cantik sangat.. air dia dah la warna hijau, jernih sangat2. Tempat kitorang berenti tu namanya Kampung Genting. Tempat dia cantik dan murah. Pakcik bot tu kata, selalunya orang Malaysia atau cina singapura je yang suka pergi situ. Kalau mat salleh ke tok2 arab ke, selalu pergi Kampung Salang. Nak ke Salang tu, kena tunggu dalam bot lagi setengah jam baru sampai Salang. Kat Pulau Tioman tu, banyak la tempat2 yang cantik, antaranya Kg Genting, Kg. Salang, Tekek, Kg. Berjaya, Mukut, Kg. Juara, Kg Paya, n Air Batang (ABC). Dan, kat semua tempat ni ada chalet. Majoriti memang orang melayu punya.
Sampai kat jeti tu, dah ada orang tunggu. Dia yang bawak kitorang gi chalet. Banyak chalet2 kat area tu. Semua chalet melayu kecuali chalet tempat kitorang duduk tu. Tu la yang kureng best sikit tu. Tapi, nak buat cammane… tuan punya chalet melayu tu x de pulak ada inisiatif nak carik customer masa kat jeti Mersing, kalau they all ada tunggu kat jeti, mesti kitorang amik yang melayu punya…
Dah sampai bilik, lepak2 jap tunggu petang, sambil layan2 lagu. Chalet dia pun kira ok la. Xde la sempurna sangat tapi kira dah ada air cond tu, kira ok sangat la. Lagipun, chalet tu tempat nak tidur je. Kalau rasa nak lepak lelama dalam chalet, sampai x nak berjalan, baik la duduk rumah… ye tak enn?? Hahaha… (Hanya aku ngan enn je yang tau…hihihi). Lepas tu, dah redup sikit, kitorang pun keluar, jalan2 tepi pantai.
Petang tu air surut, tapi air dia still jernih, siap boleh nampak ikan berenang2. Kitorang jalan2 kat pantai yang landai tu sampai ke hujung sambil sembang2. Sambil2 tu, amik2 gambar… Lepas tu, kitorang patah balik ke pantai landai yang dekat ngan chalet kitorang. Yang best tu, dah petang2 tu, nampak la pakcik2 baru balik dari tangkap ikan, makcik2 tengah sembang2 bawah pokok. Kira semua tu orang tempatan pulau la, Cuma kitorang 2 orang je yang orang luar. Dan, enn dengan ramahnya menegur semua orang yang kitorang jumpa. “Baru balik tangkap ikan, pak cik?”. “Ha’a”, pak cik tu jawab. “Banyak dapat ikan, pak cik?” Enn tanya lagi. “Ada la sikit. Anak ni berdua je ke?” Pak cik tu tanya balik. “Ha’a pakcik, berdua je”. Lebih kurang macam gitu la dialog enn yang ramah ngan pakcik yang baru balik tangkap ikan tu. Aci kerat jari, menjelang malam nanti, habis satu pulau ni kenal enn. Hehehe …
Pas tu, kitorang sambung tangkap2 gambar kat pantai yang landai tu. Disebabkan memang langsung takde orang yang mandi2, memang kitorang boleh baring2 sambil tangkap gambar, pas tu set kamera 10 saat, lari2 nak ambik gambar berdua.. kesimpulannya, semua benda2 tu memang akan aku ingat sampai bila2. Berada dalam suasana yang best, di tempat yang best, bersama dengan orang yang best … Bila lagi agaknya nak rasa macam ni lagi…
Lepas tu, mandi2 sampai pukul 7.15 lebih kurang, kitorang pun jalan balik. Masa jalan balik, dah dengar azan Maghrib. Rasa best pulak dengar azan Maghrib atas pulau. Kira ada penambah perisa la sikit2…
Balik chalet, berebut2 pulak nak mandi dalam bilik air yang satu tu. Lepas solat semua, dalam 7.30 kitorang pun turun untuk dinner. Malam ni ada barbecue. Kebetulan kat tempat barbecue tu, ada satu tempat makan2 yang best. Cantik gak and sambil makan tu sambil layan lagu2, sambil tengok astro, sambil dengar bunyi ombak, kebetulan pulak malam air dah start pasang, angin pun sejuk je, kiranya udang, ketam, sotong n ikan bakar yang kitorang makan malam tu jadik extra sedap pulak. Dan, betul apa yang aku cakap, malam tu, aku rasa semua orang kat pulau tu dah kenal enn… tapi best gak, layanan memang first class la. Berbeza banyak la kalau banding dgn layanan org2 kerja hotel2 besar tu kan.. Kitorang makan x berenti2 dari pukul 8.00 sampai ke pukul 10 lebih. Yang x tahan tu, sebab kitorang lepak kat tempat makan yang best tu, kitorang kena la order air kat dia. Order la fresh orange yang harganya 4 ringgit satu gelas… Hukaloh.. mahal giler … tapi berterima kasih la atas keramahan enn, akhirnya kitorang dapat minum free, sebab ada orang pulau tu belanja… hehehe
Lepas makan, kitorang jalan2 sampai ke jeti. Kat hujung jeti tu, ramai la orang tengah memancing. Mulanya ingatkan nak gak pergi jenguk2 tanya khabar, tapi dah lama2 pikir, rasa lagi baik kalau duduk tengah2 jeti tu sambil juntai2 kaki. Malam pulak terang, ada la nampak bulan sikit2, angin laut pun best, tambah pulak dengan bunyi ombak air pasang, memang rasa tenang je… Sambil2 duduk tu, kitorang sembang2, sambil nyanyi2, sambil gelak2, sambil terbayang aktiviti esok… Kesimpulannya, memang rasa seronok sangat sebab datang tempat ni. Sebab rasa macam dah jadi sebahagian dari suasana di sini, sebab masih nampak lagi aktiviti2 orang kat pulau ni, bertegur sapa ngan orang pulau, tu yang rasanya benda paling mahal yang mungkin susah nak carik kat tempat peranginan yang lain….
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 22-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan ngan Yati kat Danga Bay, JB
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 17-Jun-2005 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan jalan ngan family kat Cameron Highlands
|
 |
|
syaifan ngan gelap
|
|
 |
|
syaifan ngan irfan
|
|
 |
|
masa singgah makan n smbhyg sebelum sampai kat atas
|
| | View all 9 photos... |
|
|
|
|
|
|